Tugasan hubungan etnik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Tugasan hubungan etnik

  • 12,887 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
12,887
On Slideshare
12,887
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
335
Comments
0
Likes
5

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. NAMA : NORHANA BT AHMAD KAMARIKUMPULAN : MTE 4 ( PPG AMBILAN JUN 2011)TUGASAN 1 1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut: a) Segregasi b) Akomodasi c) Akulturasi d) Asimilasi e) AmalgamasiPendahuluan Malaysia sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysiamempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yangdari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timurdalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latarbelakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satusama lain menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupukperpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasadilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajarmelalui sistem pendidikan yang sedia ada. Pengertian beberapa konsep dalam konteks hubungan etnik perlu dijelaskanuntuk meningkatkan pemahaman terhadap pertalian hubungan sosial dalamkehidupan harian masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pemahaman inipenting supaya tidak timbul kekeliruan tentang perbezaan dan kaitan antara satukonsep dengan konsep yang lain.
  • 2. Konsep Perpaduan dan IntegrasiPerpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruhmasyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satuidentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.Integrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasionaldalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasidalam sesebuah unit politik menurut (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-unsurintegrasi boleh dikategorikan kepada : i) Integrasi Wilayah – yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. ii) Integrasi ekonomi – yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. iii) Integrasi kebudayaan – melibatkan usaha untuk membentuk satu kebudayaan kebangsaan. iv) Integrasi sosial – merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. v) Integrasi pendidikan – bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani, dan vi) Integrasi politik – yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah.Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks.
  • 3. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermuladengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebatiiaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkanintegrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampumengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkanperasaan harmonis antara pelbagai etnik.Proses hubungan ras dan etnik yang berbentuk continuum (berterusan) yang dimulaidengan segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi) seperti dalamrajah : Integrasi Rendah Integrasi TinggiSegregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi Rajah : Proses hubungan ras dan etnikKonsep SegregasiSegregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnikdengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlakudalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistempersekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama adadidasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di AfrikaSelatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994.Konsep AkomodasiAkomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedariserta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahanbudaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A+ B +C,di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987).
  • 4. Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebihpihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamatyang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut.Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis, dan menghormati antara satusama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyaiwakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.Konsepini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebasmengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.Meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikianbahasa-bahasa yang lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangandengan prinsip perlembagaan. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negarayang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancisdan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.Konsep AkulturasiAkulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalanganindividu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasiterjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentudihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehinggakebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.Berbeza dengan proses asimilasi , proses akulturasi tidak menyebabkan kehilanganidentiti asal masyarakat penerima. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budayayang positif sebagai contoh : pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semuamasyarakat dunia. Begitu juga dengan angpau, makanan, hiburan dan sebagainyayang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat Malaysia.Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahapakulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifatkebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budayayang tidak berbentuk kebendaan seperti ideology dan pemikiran adalah lebih sukarditerima.Konsep Asimilasi
  • 5. Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulanetnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaandan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasiialah proses dalam mana kelompok –kelompok yang berfikir , berperasaan danbertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yangsama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975).Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuhperbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formulaA + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B danC mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya , orang Melayu di Thailand telahmengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semuaaspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan carahidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, CinaKelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalamkonteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulanetnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnyabergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka danmenerima identiti kumpulan etnik majoriti: terdapat banyak persamaan budayaantara kumpulan etnik; dan kesanggupan etnik majority menerima kumpulan etnikminoriti.Konsep AmalgamasiAmalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apbila budaya atau ras bercampuruntuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan prosesamalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.Teori amalgamasi yang dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di siniA,B,C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulanbaru terhasil daripada penyatuan A, B, dan C. Sebagai contoh, kumpulan -kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu
  • 6. membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asalmereka. Contohnya, di Brazil dan Hawaii.SOALAN 2Jelaskan TIGA faktor pembentukan pluraliti di Malaysia.PengenalanPluraliti atau kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu wujud dan berlakusecara berterusan kerana wilayah Asia Tenggara menjadi tempat pertemuanpelbagai tamadun dan budaya utama dunia.Pluraliti pada Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncakkeagungan kerajaan Melayu.Melaka di perintah oleh para sultan dan pembesar yangberpandangan jauh. Berdasarkan kepada fakta sejarah, Melaka adalah sebuahpelabuhan yang penting dan empayar yang besar di Nusantara pada abad ke-15 dibawah kekuasaan Parameswara. Hubungan diplomatik yang dijalin dengan negaraChina dan perlindungan yang diberikan China kepada Melaka pada waktu itumenguntungkan Melaka kerana ancaman daripada Siam dan Majapahit dapatdielakkan. Apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun 1414 dan menukarnamanya kepada Iskandar Syah, menyebabkan lebih ramai lagi pedagang Islamdari Arab dan India datang berniaga ke Melaka.Perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan Puteri Pasai pula telah meningkatkanhubungan Melaka dengan Pasai dan pada masa yang sama Pasai terkenal denganpelabuhan yang maju, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan danpenyebaran agama Islam. Dengan terjalinnya hubungan melalui perkahwinan ini,kecemerlangan Pasai juga memberikan impak positif kepada perkembanganMelaka.Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar. Semua ini ialah hasildaripada sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa sahaja yang ingin
  • 7. berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan lautdaripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yangproaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagangdatang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti keranaproses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan daripadamana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yangdiperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yangnyata.Para pedagang tidak memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untukmemasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab,India, China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Merekatelah berakomodasi dengan penduduk temapatan dan sistemnya dengan baik.Akomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatantelah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya sepertimasyarakat Baba. Mereka terus menetap di Melaka.Pluraliti Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu sehingga KewujudanMasyarakat Majmuk.Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk memperolehi dan menguasai tanah-tanahjajahan Afrika dan Asia dikatakan bermula sejak tahun 1870-an. Tujuan perlumbaankuasa Barat iaitu antara negara-negara seperti Britain, Perancis, Sepanyol, Belgiumdan Amerika Syarikat adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan menguasaikawasan strategic sama ada untuk kepentingan laluan perdagangan mahupunpertahanan. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah dan Asia yang akhirnyaberjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang dijajah.Terdapat tiga faktor penguasaan penjajah Barat ke atas negara-negara di Afrika danAsia ialah faktor ekonomi (Gold Oriented), faktor politik (Glory Oriented) dan Faktorbudaya ( Gospel Oriented).